CARA MENGGUNAKAN GOOGLE FORM


Apa khabar semua? 😍😍😍

Harini mood rasa rajin sikit hahhaha. kalau sebelum ni saya ada post kan cara untuk masuk bahan pdf ke site vle-frog... kali ni saya akan ajar macam mana kita nak buat borang pendaftaran online mengguna GOOGLE FORM.

Dengan menggunakan google form ini memudahkan kita untuk membuat analisis data. Jom kita tengok macam mana cara menggunakan google form 😉😉

1. GDRIVE
  • Mula-mula pergi ke google (pastikan anda sign in dengan email gmail anda).
  • pilih DRIVE.

  •  klik My Drive


2. PILIH GOOGLE FORM

  • di my drive klik NEW. selepas tu pilih GOOGLE FORMS




  • apabila klik google forms, akan keluar page seperti di bawah⇩⇩⇩


3. ISI  FORM

  • tulis di bahagian untitled form nama borang. contohnya saya buat borang pendaftaran. jadi saya tulis di bahagian ini BORANG PENDAFTARAN. jangan lupa juga untuk mengisi bahagian form description.




  • di bahagian untitled question, tuliskan maklumat yang anda mahu. contohnya, nama, no. ic, alamat, jantina dan bangsa. 
  • Bila sudah menulis soalan, anda polis pilih anda mahu jawapan dalan bentuk apa. contohnya, untuk NAMA saya memilih jawpan dalam bentuk SHORT ANSWER.
  • terdapat banyak pilihan seperti paragraph, multiple choice, checkboxes, drop down dan banyak lagi.
  • anda perlu pilih bersesuaian dengan soalan anda.




  • JIka mahu soalan tersebut wajib dijawab, anda boleh klik bahagian REQUIRED.





  • contoh soalan⇩⇩⇩



  • untuk melihat bagaimana bentuk borang yang akan kita submit, anda blh klik preview (terletak dibah. atas gambar mata)



  • bentuk borang⇩⇩⇩⇩



  • klik di bahagian SETTING jika anda ingin limit to 1 responses. maksudnya setiap individu hanya sekali sahaja dibenarkan mengisi borang.



  • untuk menukar warna borang/ form boleh klik COLOUR PALETTE



4. HANTAR FORM 

  • KLIK SEND di bahagian atas.




  • pilih cara hantar sama ada melalui email, fb atau twitter
  • copy link tersebut..jika terlalu panjang boleh klik SHORTEN URL dan COPY



  • jangan lupa di form tadi pergi ke bahagian RESPONSES dan klik ACCEPTING RESPONSES. ini bagi memudahkan kita mengumpul data.




  • contoh form yang sudah lengkap diisi.⇩⇩⇩



  • perlu klik submit apabila siap mengisi jawapan.



  • bentuk form apabila tekan butang submit.



5. KUMPUL DATA

  • Klik butang bulat 3 di bahagian responses



  • pergi klik bahagian Download responses (.csv)



  • akan keluar data excel. anda boleh save data tersebut di komputer anda.



  • satu lagi cara ialah anda boleh klik CREATE SPREADSHEET yang berwarna hijau di sebelah butang 3 tadi



  • klik create a new spreadsheet dan klik CREATE




  • akan keluar data responses dalam bentuk google sheet dalam drive anda.



  • ⇩⇩⇩⇩



  • apabila semua sudah selesai dan pendaftaran tersebut sudah siap anda boleh klik kembali bahagian ACCEPTING RESPONSES dan klik close/tutup.



ok sekian sahaja pembelajaran ringkas dari saya bagaimana untuk menggunakan google form. sebarang pertanyaan boleh di tanya di bahagian komen 😊😊😊😊

Comments

  1. Boleh perkataan submit di tukar ke bahasa Melayu.. HANTAR.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan. Seemoga awak dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki ya

    ReplyDelete
  3. maaf nk tny..bla dh tekan copy untuk link nt nk paste kt mna

    ReplyDelete
  4. Mcmn nak dapatkan response kslau masa Kita create form tu lupa nak pergi ke bhgian response Dan klik accpted response.xblh nak dapatkan ke response?

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terima kasih atas tunjuk ajar. Sangat-sangat membantu 😁

    ReplyDelete
  7. cikgu nak tanya, kalau kita buat google forms dengan email kita, lepas tu kita buat 10 copy. bila nak edit, kita edit google forms yang first (utama) sahaja. adakah selepas edit, dia turut automatik edit
    untuk 10 copy yang kita buat tu?

    ReplyDelete
  8. Terima kasih...perkongsian ilmu yg sangat berguna pd rakan2 yg kurang mahir tuk buat google form....

    ReplyDelete
  9. Boleh tak akar macamana nak tutup pendaftaran dan buka pendaftaran, contohnya waktu buka kedai jam 8.00 hingga 5 petang. Selepas 5 petang customer xleh buka link itu, esoknya jam 8 boleh buka semula

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas ilmunya. Barakallah.

    ReplyDelete
  11. Cikgu nk tanya kenapa bila saya edit soalan, data jadi berasingan (dia rekod soalan lama dan soalan yg dh diedit) dia x sekalikan padahal saya edit soalan, bukan tambah soalan baru

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PANDUAN EMBED PDF KE SITE VLE-FROG